Search Free E-Book

Apa Itu Web Hosting

Muat Turun Ebook Apa Itu Web Hosting

Saya seringkali ditanya, “Apa itu webhosting?”. Soalan ini mungkin kelihatan agak mudah, dan bagi mereka yang sudah sedia ada gambaran mengenainya memang agak mudah untuk dijelaskan. Tetapi, bagi mereka yang masih baru di dalam dunia internet, istilah “webhosting” agak mengelirukan. Di dalam ebook ringkas ini, saya akan menjelaskan dengan sejelas-jelasnya mengenai, apa itu webhosting.Baiklah, apabila kita mengatakan, kita ingin membina dan memiliki sebuah website. Kita tidak boleh lari dari 3 kompenen asas berikut.

1) Website (Rumah)

Secara analoginya, kita boleh menganggap, website itu adalah seperti rumah atau pejabat kita. Untuk membina rumah, kita perlukan, simen, batu-bata, papan, paku, syiling dan sebagainya.Samalah halnya dengan membina website, untuk membina website, kita memerlukan perisian pembangunan web seperti macromedia dreamweaver, microsoft frontpage dan perisian-perisian yang lain. Website kita pula boleh berbentuk html, php,asp dan sebagainya.

Free Ebook Apa Itu Web Hosting : DOWNLOAD

Alternatif Pay Pal Di Malaysia

Muat Turun Ebook Alternatif Pay Pal Di Malaysia

Terima kasih kerana sudi mendapatkan “Pengesahan Akaun PayPal di Malaysia”, satu produk percuma bagi memudahkan anda membuka akaun PayPal dan mengesahkan akaun PayPal anda.Tujuan utama e-book ini dikarang bagi memudahkan anda membuka akaun PayPal dan mengesahkan akaun PayPal anda.Mengimbas kembali semasa saya tidak mempunyai akaun PayPal di awal pembabitan saya di dalam perniagaan Internet sekitar Februari 2006, pelangganpelanggan saya merungut kerana menyusahkan mereka kerana tidak dapat membayar menggunakan PayPal.Dan sekarang, 80% daripada perniagaan saya menerima pembayaran PayPal.Walaupun saya menggunakan beberapa lagi payment processor tetapi PayPal juga menjadi keutamaan kerana proses pengurusan wang yang selamat, pantas
dan mudah.

Free Ebook Alternatif Pay Pal Di Malaysia : DOWNLOAD

Panduan Pengaktifan Akaun Pay Pal


Muat Turun Ebook Panduan Pengaktifan Akaun Pay Pal
Kandungan:

Bahagian 1 : Pendaftaran Akaun PayPal
Bahagian 2 : Menambah Kad Kredit / Debit Ke Akaun PayPal
Bahagian 3 : Proses Verifikasi Kad Debit / Kredit ?Expanded Used Number
Bahagian 4 : Proses Naik Taraf Ke Akaun Premier

Di dalam tutorial mudah dan ringkas ini, anda akan mempelajari bagaimana untuk mengaktifkan akaun paypal anda. Untuk tujuan itu, sila daftar akan paypal anda terlebih dahulu di http://www.paypal.com. Jika anda sudah mempunyai akaun paypal dan belum menambah kad debit ke akaun paypal anda, teruskan ke Bahagian 2.Sila ikut langkah demi langkah terutama di bahagian penambahan kad debit. Di bahagian inilah ramai yang mengadu tidak berjaya melakukannya, yang mana ia berpunca daripada tidak melakukan dengan cermat dan mengikut langkah yang betul.

Free Ebook Panduan Pengaktifan Akaun Pay Pal : DOWNLOAD

Panduan Gmail

Muat Turun Ebook Panduan Gmail
Kenapa Gmail?

Mungkin ada yang tertanya-tanya, kenapa gmail? Bukan Yahoo!, hotmail atau pun servis yang lain?Jawapan ringkas adalah gmail mempunyai keupayaan yang banyak dengan harga percuma.
Dibandingkan dengan Yahoo! misalnya, anda perlu membayar dan upgrade ke akaun Yahoo! Mail Pro untuk mempunyai fungsi-fungsi yang akan saya jelaskan kemudian. Antara sebab lain Gmail digunakan adalah:
? ruang storan yang besar
? pelbagai fungsi lain seperti menyimpan chat anda dengan pengguna lain, ie: nyatakan
fungsi2 lain.
? stabil. Gmail adalah milik Google, yang mengandungi lebih dari 50 ribu server di seluruh
dunia dan ia saling berkomunikasi antara satu sama lain.Maka boleh dikatakan masa
uptime gmail adalah 99.9%
Konsep Email di Hosting dan Permasalahannya.Sebelum kita berbicara tentang menggunakan gmail, elok kita bicarakan tentang konsep dan masalah yang dihadapi agar lebih jelas pemahaman anda dan mengapa kita mengambil tindakan tersebut.

Free Ebook Panduan Gmail : DOWNLOAD

Menjana Pendapatan Melalui Clik Bank

Muat Turun Ebook Menjana Pendapatan Melalui Clik Bank

Terima kasih saya ingin ucapkan kepada anda kerana sudi meluangkan masa untuk membaca laporan ringkas ini. Saya berjanji kepada anda yang saya akan terus Straight to the point?dalam penulisan saya kali ini.Baiklah. Mari kita mulakan.Pertama sekali, saya sudah menganggap anda tahu apakah itu Clickbank dan juga affiliate marketing. Jika anda masih belum memahaminya, anda boleh gunakan Google.com untuk mencari maksud serta memahami definisi Clickbank dan juga affiliate marketing ini terlebih dahulu.Ok, sekarang anda sudah faham apa itu Clickbank. Jadi, pergi ke Clickbank.com dan buat satu akaun percuma di sana. Tetapkan username yang unik.Selepas itu, klik pada bahagian Marketplace di paparan utama Clickbank itu untuk melihat apakah produk-produk yang boleh anda gunakan untuk promosi.Langkah terbaik adalah dengan membuat sedikit analisis terhadap permintaan pasaran. Ataupun sekurang-kurangnya anda memilih produk yang anda mempunyai minat dan pengalaman mengenai sesuatu bidang atau hobi.Apabila sudah memilih niche (target pasaran) anda , pilih tiga produk terbaik yang mempunyai ciri niche pilihan anda.Sebagai contoh anda memilih niche golf, pilih tiga produk terbaik yang berkaitan dengan golf.

Free Ebook Menjana Pendapatan Melalui Clik Bank : DOWNLOAD

Kedai Internet

Muat Turun Ebook Kedai Internet

Kedai internet? Mungkin anda pernah mendengar istilah ini. Mungkin juga istilah ini baru bagi anda. Konsepnya mudah, jika anda ingin memulakan perniagaan, anda memerlukan tapak untuk berniaga. Tetapi jika anda menjalankan perniagaan internet, tapak kedainya semestinya di internet. Ya, saya bercakap tentang kedai maya yang boleh dikunjungi oleh seluruh dunia hanya dengan mempunyai sambungan internet.Adakah anda mampu memiliki kedai internet? Jawapannya ya! Dengan 憇ewa kedai?yang sangat murah atau mungkin percuma, anda sudah boleh memulakan perniagaan internet. Apa yang lebih menarik ialah, kedai anda boleh beroperasi selama 24 jam tanpa kakitangan yang ramai atau mungkin tanpa kakitangan lain. Anda lah bos dan pekerja. Menarik bukan!Baiklah, saya tidak mahu bercakap panjang. Jika anda betul-betul berminat, ayuh kita teruskan usaha anda mewujudkan kedai internet yang berjaya melalui ebook ini. Bahkan, kita akan berkongsi juga sedikit sebanyak tentang bagaimana anda boleh menjana wang daripada kedai anda dengan hanya modal yang sedikit atau zero.

Free Ebook Kedai Internet : DOWNLOAD

E Usahawan Terunggul


Muat Turun Ebook E Usahawan Terunggul

Tahniah! Ucapan ikhlas daripada kami kerana anda telah pun memulakan langkah pertama dengan memuat-turun e-buku ini. Tindakan anda itu membuktikan anda mempunyai minat dan kesungguhan untuk menerokai peluang e-biz yang akan kami huraikan di dalam e-buku ini dengan lebih mendalam.Memang benar langkah pertama adalah perkara yang paling sukar dilakukan didalam hidup setiap orang. Mengapa? Selalunya langkah pertama menjurus kepada komitmen anda untuk merubah pelbagai sudut dalam dan luar diri anda. Anda perlu lari daripada kebiasaan. Anda perlu keluar daripada zon keselesaan. Mengapa perlu lari daripada kebiasaan? Jawapannya, kebiasaan?itu masih tidak membawa anda ke arah tuju yang anda impikan. Atau, kebiasaan?ituadalah jalan panjang.

Free Ebook E Usahawan Terunggul :DOWNLOAD

Panduan Membina Minisite e Dagang

Muat Turun Ebook Panduan Membina Minisite e Dagang

1. Persediaan Membina Minisite Mini site adalah salah satu jenis laman web e-dagang yang sangat sesuai dan berkesan untuk menjalankan perniagaan e-dagang. Mini site ini hanya untuk memasarkan produk niche iaitu satu jenis produk saja. Sebelum kita membina mini site ini, adalah lebih baik jika anda telah membuat persediaan terlebih dahulu.Perisian Membina laman web memerlukan HTML editor iaitu perisian seperti Microsoft Frontpage, Macromedia Dreamveaver dan NVU. Cara menggunakannya adalah hampir sama untuk setiap perisian tersebut.Untuk memudahkan pembelajaran membina minisite, di sini akan diterangkan langkah demi langkah sehingga anda berjaya menghasilkan minisite sendiri. Perisian yang mudah yang akan digunakan ialah Microsoft Office FrontPage 2003. Selain daripada perisian tersebut, anda perlu satu lagi perisian yang boleh mengedit gambar kerana laman web yang akan di bina memerlukan gambar yang perlu di edit. Perisian tersebut adalah Adobe Photoshop CS2.

Free Ebook Panduan Membina Minisite e Dagang : DOWNLOAD

Panduan Asas E Bay

Muat Turun Ebook Panduan Asas E Bay

Perniagaan online berasaskan internet khususnya eBay adalah sangat popular ketika ini. eBay telah memperkenalkan satu sistem penjualan produk secara lelongan di dalam internet.Konsep pembelian produk melalui bidaan yang mana paling tinggi harganya selepas tamat lelongan adalah dikira sebagai pemenang. Di negara Malaysia, eBay telah diperkenalkan pada Disember 2004. Bagi anda yang baru di dalam dunia perniagaan internet dan bercadang untuk memasarkan produk, saya sarankan kepada anda eBay adalah permulaan terbaik untuk anda memasarkan produk.Menjual produk di eBay adalah sangat mudah, tidak perlu menyediakan website perniagaan anda sendiri bagi tujuan pemasaran. Cukup sekadar anda meletakkan produk anda di eBay dan menunggunya beberapa hari yang anda tetapkan sendiri sebelum anda mendapatkan pulangan pendapatan anda selepas tamat lelongan. Bagi negara Malaysia, eBay masih lagi percuma, tiada yuran dikenakan bagi setiap penyenaraian produk daripada anda. Sekali lagi ini adalah peluang terbesar anda untuk memahirkan diri anda di dalam perniagaan eBay ini sebelum anda mengorak langkah kepada eBay berbayar yang sangat popular seperti eBay US dan UK.

Free Ebook Panduan Asas E Bay : DOWNLOAD

Pengenalan Visi Jutawan


Muat Turun Ebook Pengenalan Visi Jutawan

Kandungan eBook ini adalah merupakan satu perkongsian percuma buat semua dalam menguruskan dan memahami erti kewangan yang sebenar. Segala artikel dan bahan percuma ini boleh didapati melalui pencarian di internet. Namun artikel ini dikumpulkan untuk tatapan semua sebagai bahan bermaklumat sahaja. Ianya tidak boleh dijual sama sekali. Tindakan mahkamah akan diambil jika berlakunya penjualan keatas eBook ini. Jadi, gunakannya hanya sebagai koleksi peribadi dan dapatkan seberapa banyak ilmu di dalamnya. Selain itu beberapa laman web berkaitan pengurusan kewangan akan turut dimuatkan supaya memudahkan kita mengakses maklumat yang terbaru berkaitan kewangan.Walaupun begitu maklumat di dalam eBook ini tidak boleh dianggap sebagai mengandungi nasihat kewangan atau konsultansi profesional.Strategi yang dibincangkan mungkin tidak sesuai untuk setiap individu dan tidak dijamin dapat menghasilkan kesan tertentu kepada semua pihak.

Free Ebook Pengenalan Visi Jutawan : DOWNLOAD

Petua Memilih Jantina Anak

Muat Turun Ebook Petua Memilih Jantina Anak

Semua pasangan yang berkahwin inginkan cahaya mata. Dalam proses kita untuk mendapatkan cahaya mata, pasangan harus bijak mengatur dan menyusun strategi bagi menentukan jantina anak yang akan dilahirkan nanti.Berikut adalah keterangan, tip dan petua bagaimana anda boleh berusaha menentukan jantina bakal anak anda. Namun, manusia hanya berusaha dan merancang, Allah menentukan. Jika petua yang diperturunkan di sini tidak berhasil, maka itu adalah ketentuan yang maha kuasa. Insyaallah, dengan usaha kita yang bersungguh-sungguh, Allah akan makbulkan permohonan kita.

1. Melalui Pemakanan
Hasil kajian Prof. Roger Hanrion, seorang pakar perbidanan dan sakit puan dan Dr. Francois Papa seorang pakar runding di bidang yang sama di Por Royal Hospital, Paris, mendapati: Untuk mendapat anak lelaki ibu disyorkan supaya memakan makanan yang mengandungi lebih daging, buah-buahan dan bergaram.Untuk mendapat anak perempuan pula, makanlah makanan yang kaya dengan lemak dan juga makanan yang dibuat daripada susu. Menurut kajian tersebut, ibu-ibu yang menagamalkan pemakanan mengikut pertua di atas, peluang untuk mendapat anak yang dihajati adalah diantara 75 -80 peratus. Tetapi apabila ibu-ibu tersebut tidak lagi mengikuti pemakanan yang ditentukan, hasilnya dengan menurun menjadi 65, 60 dan 55 peratus sahaja.

Free Ebook Petua Memilih Jantina Anak : DOWNLOAD

Usahawan Cendawan

Muat Turun Ebook Usahawan Cendawan

Cendawan ialah sejenis kulat yang tumbuh di atas tanah atau sumber nutriennya. Cendawan mengandungi protein, vitamin dan zat-zat galian seperti Kalsium, dan Posforus. Cendawan yang dikenali ramai ialah cendawan butang (Agaricus bisporus), iaitu Cendawan yang berbatang pendek dan bahagian atasnya berbentuk payung atau cuping.Cendawan turut diiktiraf sebagai herba yang berguna pada manusia.Sesetengahnya tumbuh meliar manakala sesetengah lagi ditanam oleh manusia sebagai makanan serta untuk perubatan. Kajian mendapati cendawan boleh mengurangkan kandungan gula dan menambah insulin di dalam darah, membunuh beberapa jenis virus yang membawa penyakit berjangkit dan turut berperanan sebagai agen mempertahankan badan dari serangan barah. Terdapat juga cendawan yang beracun.Cendawan boleh digunakan secara segar seperti dimakan sebagai sayur. Selain itu pada masa sekarang kebanyakan cendawan ini telah dijadikan serbuk didalam bentuk kapsul. Ini untuk memudahkan para pengguna kerana cendawan yang segar agak terhad di dalam pasaran.

Free Ebook Usahawan Cendawan : DOWNLOAD

Peluang Internet

Muat Turun Ebook Peluang Internet

Adakah anda ketika ini sedang tercari – cari bagaimana caranya untuk menjalankan perniagaan menerusi internet, memasarkan produk ke serata tempat, melakukan pemasaran affiliate, sertai program Google Adsense, cara buat ebook dan sebagainya?Saya mengerti apa yang anda rasakan dan apa yang bermain di fikiran anda kerana saya pernah berada di tempat anda sewaktu saya mula – mula ingin tahu apakah sebenarnya “perniagaan internet”.Saya sering menerima email yang bertanyakan kepada saya bagaimana caranya untuk memulakan perniagaan di internet. Kata si pengirim, mereka amat BERMINAT untuk mengetahui cara – cara menjalankan perniagaan di internet tetapi tak tahu bagaimana nak bermula. Malah ada yang katanya sanggup untuk datang berjumpa saya semata – mata ingin tahu lebih lanjut tentang perkara ini.Ada juga yang mengadu banyak duit dah dihabiskan untuk membeli panduan itu dan ini, tetapi sampai sekarang belum mendapat sebarang hasil lagi.Untuk makluman anda, sebenarnya saya sendiri pun telah berhabis banyak duit… bukan setakat ratusan sahaja, tetapi mencecah ribuan ringgit! Dari membeli ebook, software, script, sertai kelas online, membership dan macam – macam hal lagi saya belanjakan duit semata – mata untuk mendapatkan sesuatu informasi yang saya ingini. Malah sehingga ke hari ini saya masih membelanjakan wang saya untuk mendapatkan pelbagai lagi informasi baru.

Free Ebook Peluang Internet : DOWNLOAD

Soal Jawab Blogger

Muat Turun Ebook Soal Jawab Blogger

Apakah yang dimaksudkan dengan blog?Blog merupakan sejenis laman web. Perkataan “blog” berasal daripada dua perkatan web log. Lama kelamaan sebutan ini menjadi “blog”. Blog juga mudah untuk dikemaskini pada bila-bila masa.Apakah yang dimaksudkan dengan blogger? Blogger adalah orang yang mengendali atau menulis sesuatu blog.Apa yang dimaksudkan dengan aktiviti blogging?Blogging merupakan aktiviti yang melibatkan blog seperti menulis blog, menambah isi kandungan blog dan menetapkan design sesuatu blog. Apakah cirri-ciri blog yang berjaya? Blog yang Berjaya adala blog yang mempunyai kandungan yang bermanfaat kepada pembaca dan mampu menarik perhatian pelawat untuk sentiasa pembaca kandungan sesuatu blog. Benarkah blog dapat menghasikan pendapatan? Ya. Memang benar blog dapat menghasikan duit. Ini telah dibuktikan dengan adanya mereka yang telah berjaya menjana pendapatan melalui blog.Namun, pendapatan melalui blog bergantung....

Free Ebook Soal Jawab Blogger : DOWNLOAD

Sample Panduan Wang Gaji

Muat Turun Ebook Sample Panduan Wang Gaji

Saya percaya ramai di antara kita yang suka bercakap pasal wang, terutama sekali melibatkan wang gaji. Ada yang mengeluh kerana menerima wang gaji yang kecil, ada pula yang mengeluh dengan kenaikan harga barang dan kos sara hidup yang kian meningkat, dan ada juga yang pening kepala setiap bulan gara-gara bil dan hutang mereka semakin meningkat.Namun begitu, jarang sekali kita dengar ada dikalangan mereka yang berusaha mencari jalan penyelesaian! (Erks, sudah menjadi kebiasaan masyarakat kita, lebih suka mengeluh daripada bertindak!)Pada kebiasaanya setiap kali berhadapan dengan masalah seperti itu, langkah mudah yang diambil oleh kebanyakan orang adalah dengan berjimat cermat, dan kemudian berusaha mencari wang tambahan!

Free Ebook Sample Panduan Wang Gaji : DOWNLOAD

Rahsia Jana Trafik Dan Wang Melalui Nuffnang

Muat Turun Ebook Rahsia Jana Trafik Dan Wang Melalui Nuffnang

Dedah! Jana lebih RM500 Sebulan Dengan Nuffnang Keluh kesah beberapa teman blogger yang merungut mengenai pendapatan Nuffnang mereka hanya seciput membuatkan saya terdetik hati untuk berkongsi rahsia menjana lebih RM500 sebulan daripada Nuffnang. Setelah menerima ribuan ringgit daripada Nuffnang, saya dapati inilah balasan terbaik yang dapat saya berikan buat blogger-blogger yang masih keliru dengan Nuffnang. Masih teringat kata-kata Syamsulariff.com yang menyarankan saya mengeluarkan ebook versi percuma agar dapat dimanfaatkan untuk blogger-blogger tempatan. Sewaktu itu, pendapatan saya dengan Nuffnang pun seperti anda, kurang dari RM 1. Setelah mendapatkan khidmat nasihat daripada beliau, saya mempraktikkan ideanya dan akhirnya membuahkan hasil. Sepanjang 5 bulan, saya melakukan pelbagai kajian untuk mengoptimasikan program Nuffnang agar dapat memberikan pulangan wang lumayan setiap bulan dengan hanya menggunakan 1 blog. Setelah saya yakin dengan teknik yang dipakai, saya ingin berkongsi sedikit pengalaman saya menggunakan program sehingga berjaya menjana lebih RM500 sebulan, melalui satu blog sahaja!

Free Ebook Rahsia Jana Trafik Dan Wang Melalui Nuffnang : DOWNLOAD

Duit Pantas Daripada Lelong

Muat Turun Ebook Duit Pantas Daripada Lelong

Ramai yang bertanyakan saya, bagaimana ingin membuat duit segera di internet ini. Saya jawab, entah tak tahu.Mula lah muka masam ?Macam tahu-tahu je diorang ini, saya ada beberapa cara rahsia buat duit segera di internet. Sebenarnya, tidaklah rahsia, cuma ramai yang terlepas pandang.Idea-idea yang bakal saya tunjukkan di bawah adalah terbukti bagi saya. Ada yang saya pelajarinya sendiri, belajar dengan orang lain dan ada yang tak sengaja jumpa. Case Study: Pada akhir tahun 2005, saya baru mengenali lelong.com.my melalui bacaan di sebuah artikel. Kononnya, kita boleh jual beli barang secara online di sana. Pada waktu itu, lelong, ebay, clickbank dan website, adalah perkataan baru bagi diri saya. Saya mendaftar dan verifiedkan akaun lelong saya. Sampai sekarang, saya masih tak tahu,

Free Ebook Duit Pantas Daripada Lelong : DOWNLOAD

Buat Duit Dengan Survey Percuma Youthsay

Muat Turun Ebook Buat Duit Dengan Survey Percuma Youthsay

Youthsays adalah satu laman perkongsian idea PERCUMA oleh remaja dan belia melalui forum, survey dan aktiviti. Youthsays digerakkan oleh team Youth Malaysia. Fokus mereka ialah untuk belia di bawah 35 tahun. Survey yang diberikan ada berbayar dan ada percuma. Berbayar bermaksud anda akan dibayar jika menjawab survey tersebut. Di youthsays, anda di bayar untuk pandangan anda. Percayakah anda saya mampu peroleh RM10 sehari hanya dari RM0.40? Ini buktinya. Jika sehari saya mampu membawa 25 orang atau lebih ke youthsays, maknanya saya telah peroleh RM0.40 x 25 = RM10. Jadi dengan hanya menjemput kawan pun sudah cukup berbaloi bagi saya, apatah lagi jika menjawab survey yang disediakan. Cara untuk menjemput kawan anda ke youthsays akan di ajar di Bab 5 nanti. Jadi teruskan membaca.

Free Ebook Buat Duit Dengan Survey Percuma Youthsay : DOWNLOAD

Buat Duit Dan Cari Duit Dengan Internet

Muat Turun Ebook Buat Duit Dan Cari Duit Dengan Internet

Dalam mencari rezeki halal melalui Internet ini, saya akan menggariskan beberapa tips mudah yang mana semua orang mampu lakukannya. Tips tersebut saya huraikan secara umum & bersahaja yang mana selebihnya terpulang pada anda untuk ‘explore’ lagi memana yang berkaitan. Sesetengah orang mempunyai keunikan tersendiri, minat yang berbeza dan cenderung membuat sesuatu terhadap apa yang difikirkannya suka. Macam saya yang terlibat dalam dunia grafik digital termasuk DTP artist, web development & internet solutions, multimedia & animation semua ini merupakan bertitik tolak daripada minat yang mendalam pada ICT. Apabila kita lakukannya dengan penuh ‘passion’ atau ghairah ia sebenarnya memberi kekuatan yang tidak terduga.


Free Ebook Buat Duit Dan Cari Duit Dengan Internet : DOWNLOAD

6 Modul Adsense Terbaik

Muat Turun Ebook 6 Modul Adsense Terbaik

1. Pengenalan Google Adsense
Google Adsense adalah program yang menyediakan peluang kepada publisher untuk menjana pendapatan secara online melalui komisyen yang dibayar oleh pihak Google terhadap iklan advertiser yang di klik di oleh pengunjung blog mereka.Untuk memahaminya dengan lebih lanjut, anda harus mengetahui bagaimana Google menjana pendapatan berbillion US dollar setahun. Untuk makluman anda, Google Incorporation menjana pendapatan mereka melalui sumber pengiklanan di laman web mereka, ianya dipanggil sebagai Google Adwords, yang berdasarkan kepada PPC (Pay Per Click) program. Menerusi Google Adwords, para advertiser berpeluang mengiklankan produk ataupun service mereka secara terus kepada potential customer berdasarkan kepada keyword yang digunakan oleh pengunjung dalam mencari maklumat di internet. Berjuta-juta pengunjung internet menggunakan enjin pencari Google untuk mendapatkan maklumat dan produk yang mereka kehendaki di internet. Mereka akan menggunakan keyword sebagai asas pencarian mereka.Seseorang yang ingin membuat duit di internet akan menggunakan keyword “make money” atau “make money online” untuk mendapatkan maklumat tersebut.Seseorang yang ingin berkahwin akan menggunakan keyword “wedding”, “wedding gift” atau “wedding gown” sebagai keyword mereka untuk mendapatkan maklumat tersebut. Maka para advertisers akanmembida keyword tersebut berdasarkan kepada produk mereka untuk mensasarkan pengunjung yang menggunakan keyword tersebut di enjin pencari .

Free Ebook 6 Modul Adsense Terbaik : DOWNLOAD

5 Rahsia Sulit untuk Kaya Di Internet

Muat Turun Ebook 5 Rahsia Sulit untuk Kaya Di Internet

1BillionBlogger blog telah di tubuhkan pada bulan Januari 2007 setelah Syia sedar akan kesukaran untuk mendapatkan maklumat di internet mengenai usahawan terutama daripada golongan wanita remaja. Paling menyeronokkan apabila Fikri pun setuju nak ‘join’ majukan blog ini. Namun blog ini telah mengalami beberapa perubahan dari segi nama iaitu dahulu dikenali sebagai Nuggets of Wisdom dan seteleh beberapa rombakan nama asalnya iaitu 1BillionBlogger dipilih sebagai nama identity utama blog ini.Memang terdapat pelbagai sumber yang membincangkan mengenai usahawan secara umum. Tetapi saya dan anda merupakan usahawan business internet. Kita mengejutkan. Kita berfikiran waras. Kita mempunyai ilham. Kitalah generasi Donald Trumph dan Bill Gates. Kita di lahirkan sebagai usahawan.1BillionBlogger merupakan gabungan diantara 2 usahawan muda internet. Walaupun kami masih muda (Syia masih di MMU,Melake dan Fikri lepasan SPM), kami sudah cukup bernasib baik dengan berjaya melakukan beberapa perkara yang mengkagumkan.Ya, namun kejayaan ini kami nak pendam dahulu daripada pengetahuan semua, bila kami dah sedia kami cerita. Dengan pengalaman-pengalaman yang telah kami lalui dalam melakukan semua itu, kami telah banyak mempelajari mengenai kejayaan dalam bisnes dan kehidupan, melebihi daripada

Free Ebook 5 Rahsia Sulit untuk Kaya Di Internet : DOWNLOAD

100 Cara Promosi Blog

Muat Turun Ebook 100 Cara Promosi Blog

Ramai di antara rakan-rakan kita di Internet yang mencari tips mengenai cara promosi, marketing dan advertising yang sesuai bagi web mereka sama ada untuk tujuan personal mahupun bisnes. Di sini saya mengambil sedikit kesempatan untuk menyenaraikan 100 cara promosi yang biasa dilakukan oleh ramai Internet Marketers diMalaysia. Semoga ia dapat membantu anda dlm mempromosikan web secara online ataupun offline. Di sini ada 100 cara promosi untuk tingkatkan traffic web anda seperti berikut :

# 1
Buat blog dan cerita tentang apa² perkembangan tentang web atau diri anda secara lebih dekat. Pengunjung suka cerita dan update perkembangan baru. Search engines juga suka content yang relevant dan fresh spt di blogger.com. Jadikan blog anda sebagai satu alat promosi yang berkesan.

# 2
Fokus pada ‘niche’ anda dengan lebih tersusun. Pastikan content web anda berkualiti dan unik. Contohnya spt anda buat web pasal hobi memancing, pastikan anda buat pelbagai tips memancing, reference memancing, produk/service berkaitan, lokasi dan blog mengenai kaki pancing secara lebih terperinci.

# 3
Letakkan fungsi komponen viral seperti social bookmarking - del.icio.us , furl, digg, etc


Free Ebook 100 Cara Promosi Blog : DOWNLOAD

Buat Duit Dari Affiliate

Muat Turun Ebook Buat Duit Dari Affiliate

Program affiliate merupakan satu-satunya lubuk buat duit paling mudah bagi newbie. Termasuk juga bagi mereka yang tidak mempunyai produk sendiri dan tidak tahu apa yang hendak di jual di internet. Anda hanya perlu daftar sebagai agen dan kemudian mempromosikan produk affiliate tersebut kurang dari 5 minit! Adakah ianya perkara mustahil jika anda boleh menghasilkan RM1,290 atau RM2,010 sebulan dengan hanya meluangkan masa 30 minit sehari? Jawapannya sudah tentulah TIDAK. Ianya bukan lagi mustahil. Ramai usahawan internet yang meluangkan masa kurang dari 1 jam setiap hari untuk menjana pendapatan daripada internet.Rata-rata mereka hanya meluangkan masa sekitar 15 - 20 minit untuk mengarang email yang berkualiti dan kemudian menghantarkan email tersebut kepada list mereka. Dalam tempoh 24 jam, mereka berjaya mendapat beberapa jualan daripada produk affiliate tersebut.

Free Ebook Buat Duit Dari Affiliate : DOWNLOAD

37 Perniagaan Sms Populor

Muat Turun Ebook 37 Perniagaan Sms Populor

Model #1 : Iklan Interaktif
Apabila kita melaksanakan sesuatu promosi dan pengiklanan, bagaimanakah kita tahu keberkesanan aktiviti tersebut? Keberkesanan disini merujuk kepada jumlah orang yang akan memberi respon kepada iklan, jumlah orang yang membuat pertanyaan mengenai produk atau perkhidmatan tersebut yang disebabkan oleh iklan, malah jumlah pelanggan yang akan membeli produk dan perkhidmatan kita disebabkan oleh iklan kita? Iklan yang baik mungkin dapat ‘menangkap’.perhatian pelanggan, tetapi bagaimana kita boleh mendapatkan maklumat keberkesanan pengiklanan kita ? Dengan SMS membolehkan kita berinteraksi dengan prospek pelanggan dengan membolehkan mereka memberi respon secara terus terhadap pengiklanan kita.

Model #2 : Kupon Diskaun
SMS boleh digunakan sebagai kupon promosi dan bagi memberi diskaun kepada pelanggan anda. Sebagai contoh, anda berikan ganjaran kepada pelanggan anda yang memberikan respon kepada pengiklanan anda dengan memberikan diskaun yang dirujuk melalui SMS yang dihantar.

Free Ebook 37 Perniagaan Sms Populor : DOWNLOAD

20 Cara Jimat Duit

Muat Turun Ebook 20 Cara Jimat Duit

emua orang mahukan duit lebih setiap bulan tak kiralah dengan cara apa pun termasuklah dengan buat side income ataupun jimat duit dengan membuat perancangan perbelanjaan (financial planning) berdasarkan kemampuan masing-masing. Sehubungan itu bagi memenuhi hasrat dan tujuan ebook ini dibuat, maka saya akan berikan beberapa tips dan 20 cara untuk jimatkan duit anda dengan lebih mudah dan senang di samping memperolehi duit poket ‘lebih’ yang dapat menguntungkan anda.

1. Beli barang pada harga borong/pukal
Beli barang secara pukal atau pada harga borong di Mydin, Carrefour, Tesco, Econsave, Giant atau memana pasaraya bagi produk-produk seperti tisu, pampers, alat tulis, makanan sejuk beku atau dalam tin dan sebagainya dengan lebih murah. Malah di Tesco anda boleh dapat Club Card percuma yang mana boleh kumpul point yang boleh dapat voucher percuma. Lagi banyak anda beli dengan club card lagi banyak penjimatan.

Free Ebook 20 Cara Jimat Duit : DOWNLOAD

Rahsia Mudah Akad Nikah


Muat Turun Ebook Rahsia Mudah Akad Nikah
Perkahwinan merupakan impian setiap insan di dunia ini. Majlis perkahwinan adalah peristiwa yang amat penting dan istimewa bukan sahaja kepada pasangan pengantin tetapi kepada ibu bapa dan ahliahli keluarga serta sahabat handai yang rapat. Adat yang berkaitan dengan perkahwinan termasuk aspek-aspek merisik, meminang, bertunang, penghantaran belanja, majllis bersanding seharusnya berjalan dengan lancar dan tersusun. Mengikut adat dahulu, dari segi persediaan untuk perkahwinan terdapat adat-adat berkaitan dengan berandam, berasah gigi dan berinai. Kemuncak dalam adat resam perkahwinan keseluruhannya adalah majlis bersanding.Di masa dahulu, perkahwinan adalah satu aspek perjalanan hidup yang dijalankan oleh ibu bapa. Merekalah yang memilih teman hidup bagi anak masing-masing. Biasanya apabila ibu bapa merasai anak lelaki sudah sampai masa untuk berkahwin, mereka mula merisik untuk memilih calon isteri untuk anaknya. Pada umumnya, ibu bapa meminta saudara mara mencari gadis sesuai untuk dikahwinkan dengan anak lelaki mereka.

Free Ebook Rahsia Mudah Akad Nikah : DOWNLOAD

Panduan Percuma Wordpress

Muat Turun Ebook Panduan Percuma Wordpress

Panduan Percuma Wordpress Versi RajaBlog ini adalah satu panduan percuma yang diharapkan dapat menambahkan lagi bilangan blog dengan harapan apabila blog yang ada semakin meningkat, maka terhasillah lebih banyak blog yang berkualiti dan ditulis oleh pakar dalam bidang masing-masing,Meskipun saya sedar terdapat panduan installation wordpress yang telah diterbitkan dalam bahasa Melayu sebelum ini, namun panduan ini tetap dihasilkan dan ia saya kira ringkas dan ini adalah asas dalam wordpress. Sesiapa yang belum biasa pasti akan lebih memahami gambarajah dari teks, bukan? ;)

Mencari Niche
Mencari niche adalah penting memandangkan ia mengenai topik yang anda akan tulis dan uruskan dalam jangka masa yang panjang. Namun jangan terlalu memikirkan mengenai hal tersebut hingga anda tak berbuat apa-apa. Mencari niche boleh dilakukan dengan mengenali minat atau niche sedia ada dari laman web yang sudah establish. Jika anda ada hobi yang selalu dilakukan setiap hari atau setiap hujung minggu, itu bererti topic berkenaan amat sesuai untuk dijadikan niche blog anda. Sekarang saya akan menunjukkan cara mencari niche di www.amazon.com dan di niche mana blog rajablog.info berada.

Free Ebook Panduan Percuma Wordpress : DOWNLOAD

Manual E Dagang Review

Muat Turun Ebook Manual E Dagang Review

Terdapat banyak definasi terhadap perniagaan e-dagang. Seorang tokoh e-dagang Malaysia, Dr Irfan Khairi mendefinasikan e-dagang (perniagaan internet) adalah Menggunaan internet sebagai alat untuk mempromosikan produk dan perkhidmatan serta mengambil peluang interaktif internet untuk melakukan proses jual beli. Internet membolehkan perhubungan secara langsung antara peniaga dan pembeli tanpa bersua muka?Secara umumnya e-dagang adalah model perniagaan yang mana segala aktiviti perniagaan dijalankan sepenuhnya melalui penggunaan internet sebagai mediumnya. Aktiviti e-dagang merangkumi penggunaan laman web bagi tujuan penjualan produk atau perkhidmatan kepada pelanggan, melakukan pemasaran menerima bayaran melalui internet dan pengurusan khidmat pelangan secara online.

Free Ebook Manual E Dagang Review : DOWNLOAD

Twitter


Muat Turun Ebook Twitter

Assalamuaalaikum dan Selamat Sejahtera,Bersyukur ke hadrat Allah S.W.T, akhirnya saya dapat menyiapkan satu ebook tutorial tentang twitter@wordpress,friendster, facebook, blogger, myspace. Ebook ini lebih menjurus kepada cara-cara bagaimana untuk memasang twitter didalam blog dan web anda. Untuk pengetahuan kita bersama, Twitter merupakan salah satu konsep social Network?terkini. Ia menghubungkan kita terus kepada rangkaian sekeliling kita. Twitter bukan sahaja boleh diletakkan di blog atau web, malahan ia boleh diletakkan di web social Network?yang lain seperti myspace, facebook dan friendster. Kenalan anda yang mengikuti twitter anda ia digelar follower. Pada masa sama juga anda letakkan twitter anda di ruangan myspace yang mempunyai ramai kenalan di dalam friend list?anda. Maka luaslah kenalan di alam maya dan realiti yang mengenali anda dengan lebih dekat. SERONOK BUKAN?? Jadi gunakan segala kelebihan ini ke jalan yang sepatutnya dan boleh beri kebaikan buat anda. Yang penting ia adalah PERCUMA!!!. Oklah jom kita terus meniti bacaan tutorial ini dari selangkah demi selangkah..

Free Ebook Twitter : DOWNLOAD

Laporan Visa Jutawan

Muat Turun Ebook Laporan Visa Jutawan

Perniagaan Internet Sekarang kian menjadi trend dalam dunia perniagaan.alhamdulillah dengan adanya perniagaan jenis internet,ramai yang sudah memulakan langkah.ramai juga yang telah berjaya dalam menghasilkan mendapatan lumayan di internet. namuntak lupa juga ramai yang habis beribu-ribu ringgit membeli laporan rahsia, panduan rahsia,video rahsia dan sebagainya


Free Ebook Laporan Visa Jutawan : DOWNLOAD

download free ebooks, free ebooks, ebooks download, cool ebooks, free ebooks download , Formula Jutawan Senyap , Pendapatan RM2000-RM5000 seminggu Downline Spillover, Daftar Percuma , Saya dah dapat RM23,500 online dari eBook Bongkar Rahsia Buat Duit , 102,000+ ebooks to download Instant online access Download ebook percuma, e-book percuma, download ebook bahasa melayu, malay ebook, ebook bisnes, download e-book melayu, e-book percuma.Download E-book Percuma Percuma Tips Perniagaan Internet Download Ebook Percuma, Ebook Percuma