Muat Turun Ebook Panduan Asas E BayPerniagaan online berasaskan internet khususnya eBay adalah sangat popular ketika ini. eBay telah memperkenalkan satu sistem penjualan produk secara lelongan di dalam internet.Konsep pembelian produk melalui bidaan yang mana paling tinggi harganya selepas tamat lelongan adalah dikira sebagai pemenang. Di negara Malaysia, eBay telah diperkenalkan pada Disember 2004. Bagi anda yang baru di dalam dunia perniagaan internet dan bercadang untuk memasarkan produk, saya sarankan kepada anda eBay adalah permulaan terbaik untuk anda memasarkan produk.Menjual produk di eBay adalah sangat mudah, tidak perlu menyediakan website perniagaan anda sendiri bagi tujuan pemasaran. Cukup sekadar anda meletakkan produk anda di eBay dan menunggunya beberapa hari yang anda tetapkan sendiri sebelum anda mendapatkan pulangan pendapatan anda selepas tamat lelongan. Bagi negara Malaysia, eBay masih lagi percuma, tiada yuran dikenakan bagi setiap penyenaraian produk daripada anda. Sekali lagi ini adalah peluang terbesar anda untuk memahirkan diri anda di dalam perniagaan eBay ini sebelum anda mengorak langkah kepada eBay berbayar yang sangat popular seperti eBay US dan UK.
Free Ebook Panduan Asas E Bay : DOWNLOAD
0 comments:
Post a Comment