
Perkahwinan merupakan impian setiap insan di dunia ini. Majlis perkahwinan adalah peristiwa yang amat penting dan istimewa bukan sahaja kepada pasangan pengantin tetapi kepada ibu bapa dan ahliahli keluarga serta sahabat handai yang rapat. Adat yang berkaitan dengan perkahwinan termasuk aspek-aspek merisik, meminang, bertunang, penghantaran belanja, majllis bersanding seharusnya berjalan dengan lancar dan tersusun. Mengikut adat dahulu, dari segi persediaan untuk perkahwinan terdapat adat-adat berkaitan dengan berandam, berasah gigi dan berinai. Kemuncak dalam adat resam perkahwinan keseluruhannya adalah majlis bersanding.Di masa dahulu, perkahwinan adalah satu aspek perjalanan hidup yang dijalankan oleh ibu bapa. Merekalah yang memilih teman hidup bagi anak masing-masing. Biasanya apabila ibu bapa merasai anak lelaki sudah sampai masa untuk berkahwin, mereka mula merisik untuk memilih calon isteri untuk anaknya. Pada umumnya, ibu bapa meminta saudara mara mencari gadis sesuai untuk dikahwinkan dengan anak lelaki mereka.
Free Ebook Rahsia Mudah Akad Nikah : DOWNLOAD
0 comments:
Post a Comment